Tuesday 13 September 2011

Subuh Yang Terakhir...



Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang,
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang,
Luahkan Isi hati,andainya sudah ditakdir,
Jadi subuh yang terakhir.

Bila  berdekatan kadangnya makin kita leka,
Bila berjauhan barulah merindu didada,
Selagi kesempatan ucapkan Terima Kasih,
Andai esok takkan hadir.

Jika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa,
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu,
Namun dihati mampukah dilupakan,
Rayulah kemaafan,
Jangan sebelum nyawa dipulangkan.

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi,
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi,
Tunjukkanlah syukurmu,bertuahnya kau dilahir,
Andai esok takkan hadir..

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa,
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta,
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat,
Sebelum semua terlewat,

Lafazkan Rasa Cinta,
Andainya sudah ditakdir,
Tadi subuh yang terakhir.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...