Thursday 13 October 2011

Hati

Ya Allah,andai ini ketentuanmu...membolak-balik kn ati ku pada minggu ini ...
Kau menarik nikmat suka ku,kau menarik nikmat penglihatanku,kau menarik nikmat ketenanganku..
Aku Redha Ya Allah,Jika ini yang terbaik untukku,tetapi kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuh segala dugaan yang kau timpakan kepadaku ini,,Agar ku cekal menempuhnya..
Biar ati dan mata ku tidak mampu mengeluarkan titisan air mata yang kesedihan..Kerana ku sedar, ini semua hanya nikmat yang kau sediakan didunia sahaja,bahkan masih ada b'gunung nikmat di akhirat kelak yang jauh lebih baik bagi orang-orang yang bersabar dan sentiasa mengingati Mu Ya Allah....
        Ku yakin,disebalik keluh resah juga kau menarik nikmat sihatku ini..kau telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang ku ada sekarang..Yang mana tu sentiasa membuatku tidak lupa pada Sang Pencipta yang sentiasa Setia mendengar,melihat,dan menemaniku dikala ku kesedihan...Kau juga Setia menemaniku dikala ak ketawa,Kau juga setia menemaniku dikala ak suram.Kau SETIA dari segala2 nya,dan janji2mu yang kau katakan sentiasa kau tunaikan,tanpa ada sebarang pembohongan dan tipu muslihat..kerana Kau adalah "Sang Pencipta"(iaini Allah SWT).
        
 Kadang-kadang Allah berikan kita Panas agar kita tahu  bagaimananya rasa,betapa nikmat nya ada panas,Kadang-kadang Allah berikan kita Hujan yang berpanjangan agar kita tahu bagaimananya nikmatnya sejuk..Tetapi kita tak tahu,nak menghargai bagaimana nak menggunakan nikmat panas dan sejuk itu agar kita menjadi hamba yang bertakwa di mata Ilahi....Yang kita tahu hanya merungut,,,(Kenapa lar Panas) @ (Kenapa lar Sejuk)....fikir2 kan lar....

Contoh: Macam mana kita rasa bila pengorbanan dan hasil usaha kita tidak dihargai dan dipandang...yang kita dapat hanya rungutan dan kata2 yang menyalahkan kita....orang hanya mencari salah kita.......

p/s:Kita sebagai pelajar mempunyai banyak tanggungjawab dan tugas.....ada yang mempunyai tugas diluar lapangan dan hanya kadang-kala saja berada di dalam Kolej..Tetapi itu semua tidak bermaksud,ia telah mengabaikan hal2 lain yang berkaitan dengan dirinya..Kadang2 juga tanggungjawab dan tugas itu mengekang kita dari melakukan hal2 lain....(terikat).kerana ia perkara yang telah diwajibkn..Inilah yang dinamakn pengorbanan,yang mana melakukannya kerana ia suatu yang telah diamanahkan..Ini baru tanggungjawab sebagai pelajar,belum tanggungjawab sebagai Anak,Isteri/suami,dan juga terhadap Agama..So kesefahaman dalam memahami tugas2 serta tanggungjawab amatlah diharapkan..

*Bukan kata2 sindir juga kutukkan yang diharap,tetapi kata2 semangat dan sokongan yang diperlukan agar dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.....(MAKA FAHAMI LAH,MENGERTILAH,DAN CUBALAH MENDALAMI erti tanggungjawab serta amanah itu)...

Sekian,(Sebagai pelajar yang memikul pelbagai tanggungjawab serta amanah)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...